10 CIRI SAHABAT-SAHABAT IBLIS
1- Orang Kaya Yang Sombong
2- Peminum Arak
3- Hakim Yang Tidak Adil
4- Peniaga Yang Tidak Jujur
5- Orang Yang Tidak Mengeluarkan Zakat
6- Orang Yang Meringankan Solat
7- Orang Yang Memakan Harta Anak Yatim
8- Orang Yang Beramal Kerana Nama
9- Orang Yang Suka Duduk Termenung & Mengelamun
10- Penghasud & Pendengki Bilamana Orang Lain Mendapat Kesenangan
Thursday, 13 December 2012
Wednesday, 12 December 2012
Rasulullah SAW Bersyukur Atas Kemenangan
Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari bahawa ketika kembalinya Rasulullah SAW ke kota Makkah ketika peristiwa Fathul Makkah, Baginda membaca surah al-Fath berulang ulang kali.
Laporan Ibn Ishaq pula menyatakan bahawa tatkala sampai di Dzu Thuwa, Baginda tundukkan kepala sebagai tanda rendah hati di hadapan Allah SWT. Bahkan, ada riwayat menyatakan Baginda terlalu tunduk sehingga janggutnya hampir menyentuh punggung orang dihadapannya.
Rasulullah SAW juga melarang berlakunya pertumpahan darah, menjaga keselamatan Tanah Haram. Semasa peristiwa Fathul Makkah, hanya tentera Khalid Al-Walid yang terlibat dengan peperangan kerana mereka hendak mempertahankan diri.
Rasulullah SAW menganggap pembukaan kota Makkah sebagai kemuliaan yang dikurniakan oleh Allah SWT . Disamping itu, kemenangan Rasulullah SAW kait dengan ketaatan dan ibadah kepada Allah SWT. Tindakan Baginda itu merupakan bukti bahawa ketika memasuki Makkah, Baginda sangat bersyukur kepada Allah SWT diatas kejayaan dan kemenangan yang dicapai. Rasulullah SAW tidak menyambut kemenangan itu dengan angkuh dan bongkak.

Subscribe to:
Posts (Atom)