Wednesday, 12 December 2012

Rasulullah SAW Bersyukur Atas Kemenangan

Diriwayatkan  oleh  Imam Al-Bukhari  bahawa  ketika  kembalinya  Rasulullah  SAW  ke  kota  Makkah  ketika  peristiwa  Fathul  Makkah,  Baginda  membaca  surah  al-Fath  berulang ulang  kali.

   Laporan  Ibn  Ishaq  pula  menyatakan  bahawa  tatkala  sampai  di  Dzu Thuwa,  Baginda  tundukkan  kepala  sebagai  tanda  rendah  hati  di  hadapan  Allah  SWT.  Bahkan, ada  riwayat  menyatakan  Baginda  terlalu  tunduk  sehingga  janggutnya  hampir  menyentuh  punggung  orang  dihadapannya.

    Rasulullah  SAW  juga  melarang  berlakunya  pertumpahan darah,  menjaga  keselamatan  Tanah Haram.  Semasa  peristiwa  Fathul  Makkah,  hanya  tentera  Khalid  Al-Walid  yang  terlibat  dengan  peperangan  kerana  mereka  hendak  mempertahankan diri.

   Rasulullah  SAW  menganggap  pembukaan  kota  Makkah  sebagai  kemuliaan  yang  dikurniakan  oleh  Allah  SWT .  Disamping  itu,  kemenangan  Rasulullah  SAW  kait  dengan  ketaatan  dan  ibadah  kepada  Allah  SWT.  Tindakan  Baginda  itu  merupakan  bukti  bahawa  ketika  memasuki  Makkah, Baginda  sangat  bersyukur  kepada Allah  SWT  diatas  kejayaan  dan  kemenangan  yang  dicapai.  Rasulullah  SAW  tidak  menyambut  kemenangan  itu  dengan  angkuh  dan  bongkak.

0 ulasan: