Thursday 13 December 2012

SAHABAT-SAHABAT IBLIS

  10  CIRI  SAHABAT-SAHABAT  IBLIS

1-  Orang  Kaya  Yang  Sombong

2-  Peminum  Arak  

3-  Hakim  Yang  Tidak  Adil

4-  Peniaga  Yang  Tidak  Jujur

5-  Orang  Yang  Tidak  Mengeluarkan  Zakat

6-  Orang  Yang  Meringankan  Solat

7-  Orang  Yang  Memakan  Harta  Anak  Yatim

8-  Orang  Yang  Beramal  Kerana  Nama

9-  Orang  Yang  Suka  Duduk  Termenung  &  Mengelamun

10-  Penghasud  &  Pendengki  Bilamana  Orang  Lain  Mendapat  Kesenangan         

Wednesday 12 December 2012

Rasulullah SAW Bersyukur Atas Kemenangan

Diriwayatkan  oleh  Imam Al-Bukhari  bahawa  ketika  kembalinya  Rasulullah  SAW  ke  kota  Makkah  ketika  peristiwa  Fathul  Makkah,  Baginda  membaca  surah  al-Fath  berulang ulang  kali.

   Laporan  Ibn  Ishaq  pula  menyatakan  bahawa  tatkala  sampai  di  Dzu Thuwa,  Baginda  tundukkan  kepala  sebagai  tanda  rendah  hati  di  hadapan  Allah  SWT.  Bahkan, ada  riwayat  menyatakan  Baginda  terlalu  tunduk  sehingga  janggutnya  hampir  menyentuh  punggung  orang  dihadapannya.

    Rasulullah  SAW  juga  melarang  berlakunya  pertumpahan darah,  menjaga  keselamatan  Tanah Haram.  Semasa  peristiwa  Fathul  Makkah,  hanya  tentera  Khalid  Al-Walid  yang  terlibat  dengan  peperangan  kerana  mereka  hendak  mempertahankan diri.

   Rasulullah  SAW  menganggap  pembukaan  kota  Makkah  sebagai  kemuliaan  yang  dikurniakan  oleh  Allah  SWT .  Disamping  itu,  kemenangan  Rasulullah  SAW  kait  dengan  ketaatan  dan  ibadah  kepada  Allah  SWT.  Tindakan  Baginda  itu  merupakan  bukti  bahawa  ketika  memasuki  Makkah, Baginda  sangat  bersyukur  kepada Allah  SWT  diatas  kejayaan  dan  kemenangan  yang  dicapai.  Rasulullah  SAW  tidak  menyambut  kemenangan  itu  dengan  angkuh  dan  bongkak.

Tuesday 13 November 2012

:: Tewas Kerana Tidak Ikhlas ::


Cerita Teladan Untuk Dihayati
:: Tewas Kerana Tidak Ikhlas ::

Terdapat sebatang pokok yg telah dijadikan tmpt sembahan oleh penduduk kampung.Melihat perbuatan syirik itu,seorang lelaki berazam akn menebang pokok tersebut bg mengelak penduduk kmpung drpd terus menjadi syirik.Lelaki itu pun mengambil kapak & menuju ke arah pokok tersebut utk menebangnya.
...

Syaitan yg menyerupai manusia menunggu di pokok itu & berkata: "Apa yg kau ingin lakukan?". Lelaki itu menjawab:"Aku ingin menebang pokok ini.Ramai telah syirik kerana menyembahnya".Syaitan itu berkata: "Aku akn menghalang kamu.Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini."Lalu terjadilah pergelutan & lelaki itu berjaya menewaskan syaitan itu.

Syaitan itu x berputus asa. Kemudian syaitan itu menawarkan kpd lelaki tersebut dgn 2 keping dinar emas setiap hari dgn syarat dia membatalkan niatnya utk menebang pokok itu. Lelaki itu bersetuju,kerana dia tidak perlu bersusah payah lagi mencari rezeki kerana akn diberikan 2 keping dinar emas setiap hari.

Pada keesokan harinya, dia mendpati ad 2 keping dinar emas dibwh bantalnya.Namu pd hari yg ke-3,tiada lgi 2 keping dinar emas sebagaimana yg dijanjikan. Lelaki itu sgt marah,lalu mengambil kapak & bertekad utk menebang pokok kerana janji yg x ditepati.

Syaitan yg menyerupai manusia menunggu di pokok itu sekali lagi & berkata:"Aku akn menghalang kamu.Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini."Lalu terjadilah pergelutan antara mereka berdua.Kali ini lelaki itu tewas & syaitan dpt mengalahkannya.

Lelaki itu bertanya:"Mengapa hari itu aku dpt mengalahkan kau,tetapi kali ini aku x dpt mengalahkan kau?". Syaitan menjawab :" Kali pertama kau dtg,niat kau ikhlas semata-mata kerana Allah sehingga aku tidak berdaya mengalahkan kau. Tetapi kali ini kau dtng kerana kau marah x dpt 2 dinar emas. Apabila kau tidak ikhlas kerana Allah,maka aku berjaya mengalahkan kau ..[♥]

Saturday 27 October 2012

Musuh-Musuh Iblis


MUSUH-MUSUH IBLIS....

1-RASULULLAH SAW SENDIRI.

2-ORANG BERIMAN YANG PENGASIH & PENYANYANG.

3-ORANG YANG BERIMAN YANG SUKA MEMBERI NASIHAT.

4-ORANG  BERIMAN YANG SENTIASA BERTAUBAT ATAS DOSANYA.

5-ORANG BERIMAN BERAKHLAK MULIA.

6-ORANG BERIMAN YANG BERSEDEKAH.

7- ORANG BERIMAN YG DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA ORANG RAMAI.

8-ORANG BERIMAN YG SENTIASA BERWUDHUK.

9-ORANG BERIMAN YG TIDAK MELAKUKAN PERKARA HARAM.

10-ORANG BERIMAN YG MENGERJAKAN SOLAT DGN PENUH KUSYUK.

11-KETUA NEGARA ATAU PEMERINTAH ATAU IMAM YANG ADIL.

12-ORANG KAYA YANG RENDAH HATI.

13-PENIAGA YG JUJUR & AMANAH.

14-ORANG BERIMAN YG BERISTIQAMAH DLM MEMBACA AL-QURAN

15-ORANG YG BANGUN SOLAT DIWAKTU TENGAH MALAM SEDANG ORANG LAIN   TIDUR.

Sunday 19 August 2012

7 kalimah Agung

Sabda Rasulullah s.a.w
Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..
1. Bismillahhirrahmann irrahim:
pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulliah:
pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astagfirrullah:
jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insyaallah:
jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. Lahaulawalaquataill ahbillah :
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah: jika menghadapi
musibah atau melihat kematian.
7. Laailaahaillallah :
bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah

Friday 10 August 2012

Fadhilat Beramal dengan Al-Quran

                ASSALMUALAIKUM, HARI SAYA INGIN MENGONGSIKAN SEDIKIT FADHILAT BERAMAL DENGAN AL-QURAN.  BANYAK KEUTAMAAN YANG TELAH DIRAIH OLEH RASULULLAH S.A.W & SAHABATNYA DISEBABKAN MEREKA BANYAK MEMBACA DAN MERENUNGKAN ISI AL-QURAN.

INI ADALAH ANTARA FADHILAT BERAMAL DENGAN AL-QURAN:
1-AKAN MENDAPAT  RAHMAT & KASIH SAYANG DARIPADA
   ALLAH SWT

2-AL-QURAN MENJADI PENOLONG DI AKHIRAT

3-SETIAP HURUF AKAN MENDAPAT  10 ~700 PAHALA

4-AKAN MENDAPAT DOA DARI PARA MALAIKAT

5-AKAN MENDAPAT KETENANGAN