Tuesday 13 November 2012

:: Tewas Kerana Tidak Ikhlas ::


Cerita Teladan Untuk Dihayati
:: Tewas Kerana Tidak Ikhlas ::

Terdapat sebatang pokok yg telah dijadikan tmpt sembahan oleh penduduk kampung.Melihat perbuatan syirik itu,seorang lelaki berazam akn menebang pokok tersebut bg mengelak penduduk kmpung drpd terus menjadi syirik.Lelaki itu pun mengambil kapak & menuju ke arah pokok tersebut utk menebangnya.
...

Syaitan yg menyerupai manusia menunggu di pokok itu & berkata: "Apa yg kau ingin lakukan?". Lelaki itu menjawab:"Aku ingin menebang pokok ini.Ramai telah syirik kerana menyembahnya".Syaitan itu berkata: "Aku akn menghalang kamu.Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini."Lalu terjadilah pergelutan & lelaki itu berjaya menewaskan syaitan itu.

Syaitan itu x berputus asa. Kemudian syaitan itu menawarkan kpd lelaki tersebut dgn 2 keping dinar emas setiap hari dgn syarat dia membatalkan niatnya utk menebang pokok itu. Lelaki itu bersetuju,kerana dia tidak perlu bersusah payah lagi mencari rezeki kerana akn diberikan 2 keping dinar emas setiap hari.

Pada keesokan harinya, dia mendpati ad 2 keping dinar emas dibwh bantalnya.Namu pd hari yg ke-3,tiada lgi 2 keping dinar emas sebagaimana yg dijanjikan. Lelaki itu sgt marah,lalu mengambil kapak & bertekad utk menebang pokok kerana janji yg x ditepati.

Syaitan yg menyerupai manusia menunggu di pokok itu sekali lagi & berkata:"Aku akn menghalang kamu.Kamu perlu mengalahkan aku untuk menebang pokok ini."Lalu terjadilah pergelutan antara mereka berdua.Kali ini lelaki itu tewas & syaitan dpt mengalahkannya.

Lelaki itu bertanya:"Mengapa hari itu aku dpt mengalahkan kau,tetapi kali ini aku x dpt mengalahkan kau?". Syaitan menjawab :" Kali pertama kau dtg,niat kau ikhlas semata-mata kerana Allah sehingga aku tidak berdaya mengalahkan kau. Tetapi kali ini kau dtng kerana kau marah x dpt 2 dinar emas. Apabila kau tidak ikhlas kerana Allah,maka aku berjaya mengalahkan kau ..[♥]